Safran Aircraft Engines

Safran Aircraft Engines (dahulunya Snecma, Société nationale d'études et de construction de moteurs d'aviation atau Snecma Moteurs) adalah sebuah syarikat enjin aeroangkasa Perancis yang berpangkalan di Courcouronnes dan merupakan sebuah anak syarikat Safran. Ia mereka, mengeluarkan dan menyelenggara enjin untuk pesawat komersial dan tentera selain enjin roket untuk kenderaan pelancar dan satelit.Beberapa pembangunan penting sebelumnya, sama ada bersendirian atau perkongsian termasuk M88 untuk pesawat Rafale, Olympus 593 untuk Concorde, CFM56/CFM-LEAP untuk pesawat penumpang satu lorong, dan enjin Vulcain untuk Ariane 5.Ia mempunyai hampir 15,700 orang pekerja yang bekerja di 35 tapak pengeluaran, pejabat dan kemudahan MRO di seluruh dunia. Ia juga memfailkan secara purata hampir 500 paten setiap tahun.Safran Aircraft Engines mengoperasikan dua syarikat usahasama dengan GE Aviation: CFM International, pembekal utama dunia bagi enjin pesawat komersial,[2] dan CFM Materials.

Rujukan

WikiPedia: Safran Aircraft Engines http://www.aviationweek.com/Article.aspx?id=/artic... http://www.flightglobal.com/pdfarchive/view/1983/1... http://www.flightglobal.com/pdfarchive/view/1986/1... http://www.flightglobal.com/pdfarchive/view/1991/1... http://www.aerobuzz.fr/spip.php?article2410 http://isni.org/isni/0000000406407936 //www.worldcat.org/issn/0015-3710 https://www.safran-aircraft-engines.com/ https://www.safran-group.com/fr/media/safran-tres-... https://www.statista.com/statistics/1099835/global...